BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 21, 2010

tah pape

silent mode....snyap senyap..k dah tau nak taip pe...hehe erm share la ckit sal pengalaman cuti ni. Actually cuti thn baru cina ni x da wat pe sgt..just edit satu dua gambar yg rasa cun tok di edit...jahit manik skit2 pastu terbengkalai selama seminggu hahahaha...pastu g layan sepupu yg nak g jalan2 jer..n bersantai bersama kuarga..

   oleh kerana msh jakun dalam mengedit gambar maka aku selitkan la beberapa gmbar yg cam edit x edit je...kononnya nak kekalkan keasliannya padahal x pandai g nak edit cantik2 hhahahahah..mari kita lihat

ni sepupu ku yg x da gg..beliau ni cumel yg teramat...petah sgt berkata2..pernah sekali semasa aku sdg bermain nyorok2 bersama adik beradiknya yg lain dia dengan selamba berkata "ini ke cikgu?ish ish" ketika itu beliau baru berumur 4 thn...ish2 malu cek
ank sedara ku yg cumel sgt2...tgk muka suci ni....baik je masa tdo tp bila dah buka mata...panjat sana sini...pening pening...


kuang2 ada jerawat hahahha...saje je ni bosan2 dalam bas g amik gambar..haha sugguh x profesinal...ya sy sedar


ngeng ngeng ngeng....sapo la yg dalam keto tu..


cumel kn?aku plg suka gambar ni!!! mus comel!


iklan sudu...belilah sudu dgn mereka murah jer...hahahahah

         pape pun kali ni merupakan cuti yg paling best la..walau terselit tersepit, terblaku beberapa peristiwa yg mampu menyebabkan berlakunya banjir..hak hak...
neway ni la insan2 yg dekat d atiku..tp x tau la ati mereka bgaig mana...x ksh la.ingat x ingat..
asal korg appy.aku apy la gak...
kkk...dah malas taip dah! papai!

Wednesday, February 10, 2010

MisTik bangat Dong

"Assalamualaikum...assalamualaikum...assalamualaikum nek.." alamak aku nak jawb pe ni????! aku diam je.tapi x jwbkan dah berdosa..adoi! adoi! sakit gila masa kaki aku kena tekan dgn biji lada itam! ngapain la makcik ni!ibu jari aku dipicitnya dgn lada itam. hampir2 aku flying kick dia..dlm masa yg sama aku cam blur gila..diawangan..terbang terbang terbang melayang layang layang tah kemana. apa kes ni????ha tu r pgalaman aku masa berubat dgn sorg makcik ni ats syor sorg kwn. sehari b4 mistik blaku, aku sakit, krem sblh badan...pastu mlm tu aku mimpi r aku dpt kain pth dr group makcik2 yg nk g kenduri, kenduri pe aku x pasti sgt, ada antara makcik2 tu nak kwin kot.tp depa cntik2 blaka n depa suh aku pakai bj pth berkenaan.maka aku sarungkannya..sampai situ je mimpi aku pastu tbgn coz tgn aku kena penyek dgn org sebelah.adoi ai..

Arakian, sambung balik cita makcik yg ubt aku, pas dah dia pcit2, tkan2 n tonyoh punya tonyoh hingga bikin kaki aku sakit lg bisa..dia pun berkata.."nak..ada nenek tumpang kat badan anak ni.." nenek mana pula..pening2....(smbil garu2 kepala) beliau berkata g yg aku plu susun semula susur galur aku agar x slalu sakit g..pastu aku ada dpt hadiah terhebat di abad ini iaitu BUAYA TEMBAGA.WOW!! trkezut cek....(ulp, telan air liur skit)..hehehe..then aku akn pandai urut (mmg pndai skit2 la,ceh blagak plak..). sambungannya, dia kate aku leh tau wat DUIT dgn kebolehan mgurut tu.n beliau myoal knp aku x nak jd tukg urut???(ceh, leh plak la aku yg asyik skt ni nak urt org) oleh kerana itu aku plu jga diri..jgn tensen, krn akn sakit slalu. oleh kerana kelebihan ku, anasir jahat dijangkkan akan meminati aku lbh dasyat la..(kira anasir jht fall in lovekat aku..kui8). jd kena r aku banyak2 selawat..x tgl solat ( haaa..nasihat2 ni bagus, aku suka).

Persoalannya nak pcaya o x???? mgkin mmg aku ada kelebihan dlm mgurut, mmg aku slalu skit...n mmg arwh atukku adalah doktor tradisional..tp..ttg ada nenek menmpg dlam bdn ni...leh cya? bgainama pula dgn hadiah tu??? aku x menafikn ttg dunia kita selain dunia bunian kerana ia termaktub sndiri dlam Al Quran..tapi...huhuhu ada sesapa leh bg jwpn kat aku???

yg plg mistik ialah makcik tu pd aku..mana ye dia tau semua ni???
dga cita dia dh bnyak mgubat tp leh caya ke???oo dia hanya mgejr wang? coz just ltak lada itam kat kaki aku n bg nasihat casnya adalah RM50..huh payah

Sunday, January 24, 2010

beSt2

       Makan biskut cecah air tea sambil mendengar lagu aiman bersama Rumate sgt best .Borak2 n kemudian sambung mgadap laptop..rumate ku Bz wat keje aku lak bz menyebuk hahahaa. (agak kekok nak menaip ni....wah knp ek? sbnrnya aku guna laptop rmate krn rumate ku memerlukan khidmat laptopku...walau kopak namun amat berguna ya laptop tu kui2)




     ni la makanan rugi kami, ups bukan kami jer..makanan rugi budak blok F! sedap bila dicecah dengan air tea..xpun letak jem.WOW!!makan ramai2 mmg mengancam la..meriah jadinya..hehehe dak blok F mmg best.LAp U all!!!

Thursday, January 21, 2010

perCutian Plg Best ABAd ini



hehe ni trip yg paling best dalam hidupku....aku x kan lupa kngn pahit manis semasa pergi sana...pas kita abis bajar t aku mesti indu bangat sama korg..huhu. tanpa aku sapalah korag hahahahhaha...semoga tali persahabatan kita x kan putus.no tikam blakang anymore please.. 

c CUMEL



Kehadirannya menceriakan hidup kami!
merapatkan jg jurang diantara kami sekeluarga!

Tuesday, January 19, 2010

Dendam

Memang aku berdendam dengan 'mangkuk' tu.dah lama aku simpan! Siap r dia t...kata Ali bukan nama sebenar..wahh ganas ali ni. mgkin sbb dia x tahan dengan dugaan yg dia terima atau mgkin dia x dapat bersabar lagi dengan perbuatan org terhadapnya. namun begitu, dengan saling berdendam adakah masalah yg dihadapi tu akan selesai???? huhu cube pk sejenak...x cukup? 2 jenak 3 jenak..k,k x leh selesai kan? kalu org tu balas semula kan ke dah payah idup? pastu lebam2 la..dah susah.hidup pun x tenang.

cara terbaik yg disyorkan dalam agama ISLAM ialah Pertama: Hendaklah anda cuba mengingatkan kembali segala anjuran-anjuran yang ditunjuk oleh syariat dalam keutamaan dan kelebihan sifat-sifat menahan marah, pemaaf, penyantun dan menanggung perilaku buruk. Dengan jalan itu jiwa anda akan inginkan pahala yang dijanjikan kerana menolak kemarahan itu.
 
Kedua: Hendaklah anda ingat tentang ancaman Allah Ta’ala dan siksaanNya, andaikata diteruskan juga sifat marah anda itu. Anda harus merenung pula, apakah anda boleh terselamat dari kemurkaan Allah Ta’ala pada Hari Kiamat kelak, meskipun ketika itu anda sangat memerlukan kepada  pengampunan dan kemaafan Allah Ta’ala.
 
Ketiga: Hendaklah anda ingat akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam lawan anda, kelak sudah barang tentu ia akan berusaha untuk menceroboh kehormatan diri anda. Ia akan cuba menjaja segala keburukan anda. Ia akan merasa suka, bila anda tertimpa sesuatu bencana, sedangkan anda sendiri tentu sekali tidak sunyi dari berbagai-bagai keburukan dan kecelaan diri. Dengan yang demikian, anda akan merasakan keburukan akibat marah itu di dunia, kiranya anda masih tidak mengendahkan akan akibat dosanya di akhirat.
 
Keempat: Hendaklah anda gambarkan bertapa buruknya rupa anda kelak bila anda marah, iaitu dengan mengingat rupa orang lain ketika dalam dalam kemarahan. Kemudian bayangkanlah pula seorang penyantun yang bertenang saja, yang tidak suka marah-marah, yang menurut perilaku para Nabi, para wali, para alim ulama dan orang-orang yang bijaksana. Pilihlah antara dua perilaku itu, mana yang lebih sesuai bagimu? Ataupun menyerupakan dengan perilaku para Nabi dan alim ulama dalam adat kebiasaannya, supaya jiwa anda kelak tertarik kepada perjalanan hidup mereka itu, itu pun jika ada lagi padamu sedikit otak yang boleh memikirkan baik buruknya kedua-dua perilaku tadi.
 
Kelima: Hendaklah anda fikirkan apa sebabnya anda ingin membalas dendam? Dan apa pula sebabnya anda tidak dapat menahan diri dari kemarahan itu? Mungkin juga syaitan membisikkan di telinga anda, bahawa sikap itu akan menunjukkan kelemahan dan kehinaan diri, dan anda akan kelihatan rendah di mata orang ramai. Ketika itu hendakkah anda menjawabnya dengan berkata: Wahai nafsu! Aneh sekali engkau ini. Engkau tak sanggup menahan penghinaan sekarang. Apakah engkau lebih sanggup menahan penghinaan di Hari Kiamat kelak? Apakah engkau tidak bimbang, kelak di sana engkau akan dihinadinakan di hadapan Allah, para Malaikat dan pada NabiNya?
 
Apabila anda menahan kemarahan, maka hendaklah anda menahannya semata-mata kerana Allah. Anda menahannya juga kerana ia seperkara yang dipandang berat di sisi Allah. Jangan sampai anda terpengaruh dengan kata-kata orang, ataupun menahan kemarahan itu dengan sesuatu sebab keduniaan
 
Adapun cara memadamkan api kemarahan menerusi amalan, iaitu hendaklah anda mengucap Ta’awwudz dengan lidahmu begini: A’uudzu billaahi minash-shaithaanir-rajiim (Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk). Apabila kemarahan itu muncul ketika anda sedang berdiri, maka hendaklah anda segera duduk: jika sedang duduk, maka hendaklah anda baring. Orang yang sedang dalam kemarahan, sunnat baginya mengambil wudhu’ (air sembahyang) dengan air yang dingin, kerana kemarahan itu berpunca dari api, manakala api itu pula tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

Moga diberi kekuatan untuk menahan marah. Amin

Saturday, January 16, 2010

Permintaan AbaH..ikan masak terutub

Pada satu hari aku punya la pening nak masak apa ikan caru 4 ekor ni...coz kdg2 bosan masak yg sama.maka aku pun SMS la bapaku yg amat Gantang tu..

"Ikan Nak Masak Apa Abah?"
"Masak Terutub"-sms dr Abah
"Camna Tu? Mama X pnah ajaR pun..."
"PERGI LAYARI INTERNET, CARI MASAKAN IKAN TERUTUB, KEJAP LAGI ABAH BALIK. NI KAT KEBUN LAGI NI" - balas abah lagi

waaahhhh!!!!teror x bapakku..maju kan? hehe sapa kata pekeje kebun x tau pape ttg kemejuan teknologi???

maka..aku pun taip IKAN TERUTUB kat GOOGLE, n jpe resepinya.cuma aku edit2 la bahan tu ikut kesesuaian..agar rasanya x lari

IKAN TERUTUB
4 ekor caru (dilumur kunyit dan garam & di goring)
1 ½ cwn santan (diambil dari 1 biji kelapa)
4 ulas bawang merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
2 btg serai
1 cm belacan
Cili boh
Garam dan gula secukup rasa.


Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah di kisar halus dan belacan
sehingga garing.
2. masukkan cili boh dan serai. Tumiskan sehingga garing.
3. Kemudian masukkan santan dan biarkan ianya agak pekat.
4. Masukkan ikan dan kacau seketika. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
5. lepastu boleh lah angkat..

PANDAI ANAK ABAH! wah bangga aku dapat pujian tu..sekarang nak bajar masak bukan susah..selain beli majalah o belajar dengan org, kat internet pun dah melambak perkongsian resepi. cuma nak x nak jer kan?

Ais Krim Goreng..

Resepi ni aku penah wat dulu...aku dapat dari internet sebenarnya sedap jika aiskrim yg digunakan belum mencapai tahap suhu bilik. of coz lakan? oleh itu, nasihatku..gunakan ais krim yg masih beku n gunakan jg minyak yg baru.minyak yg penah digunakan jgn diguna lagi walaupun masih kelihatan bersih krn boleh mengakibatkan kanser..(tp kalu nak jimat gak, berpada2 k)


wow sedap2...



huuuu sedap la ais krim ni..bestnye kalu ada yg banja




waaaa sedap~~~~

Ais Krim Goreng

Bahan-Bahan:

1 bungkus roti
Serbuk Roti agak2 je
1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa)
4 biji telor (Dipukul)
Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng

Cara:
1.Basahkan roti dengan sedikit air,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat dengan menggunakan air
3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
4.salut dengan serbuk roti (di golek-golekkan)
5.Bila minyak panas, goleng dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)
6. Angkat setelah roti kelihatan kekuningan.

Cadangan Hidangan: Nikmatilah pada waktu petang dengan teh o panas. gerenti superb

seInDah matahari TerBit & SegemersiK bunyi OmbaK di LauTan

Masa itu milik ALLAH & ia terus bergerak tanpa henti, tanpa aku sedari..tgk ni, dah hari Ahad..tapi macam2 lagi x wat huhu. sugguh aku x bijak mencorakkan masaku supaya ianya seiringan dengan masa..ADOI!ADOI! ingatla 'mak cik (ditujukan buatku)..masa tu EMAS, hargailah ia sayang!Buat-buat sibuk seketika dengan menyusun fail (action jer lbh hik hik)
hemmm..SeIndah Matahari Terbit..tu aku tujukan khas buat insan-insan yg pernah hadir dlm hidupku ini..KAMU!KAMU! KAMU! la..Ya KAMU! banyak menceriakan Hidup aku..mengembirakan aku!OH SAYANG KAMU! kamu semua wat HIDUPKU BAHAGIA..BAHAGIA~~ MAMA n BAba,anak-anak kesayangan mereka yg lain serta teman serta sahabat yg lain..AH Sbb tu x abis2 meniti kat bibir ni ucapan syg..indu korg. caRA lain aku tau, tp nak ungkapkan gak!

SEgemersik Bunyi Ombak di Lautan...apa tu? ha...alunan tu indah sgt.alunan sebelum aku baca doa tdo (kang kata aku x baca doa tdo lak).lagu IndaH lagu JiWa, lagu terharu, lagu gembira, lagu dodoi pun bole gak..semua terangkum dalam 1..aku x dengar bunyi ombak tapi aku dengar dendangan lagu~~~~

AIMAN!


Cinta Terakhir

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Lagu/lirik: Hafiz Hamidun

best tau..denga la sesama ea...

Belajar BaHasa InGGeris

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First

Blog Alhabib

Blog Alhabib

Friday, January 15, 2010

dia rakanku..!

Dia, dia amat penting dalam hidupku...dari dia aku belajar banyak perkara..banyak benda..dia yg lemah lembut, penyayang (tp takut miaw!miaw!)..dia PENTING, amat PENTING, terlalu PENTING buatku..

Dia pernah bersusah payah untukku.pernah menangis kerana aku.aku pula pernah melukakannya..ego untuk katakan aku terlalu sayangkannya..dia..dia berharga untukku..ada hikmah Allah berikan dia menemaniku hampir 24 jam..sejak 3 tahun dulu..

Alamak crita cedih lak, tarik nafas, hembus ~~~~~~~~~~ hehe segala kekurangan yg ada padaku aku harap dia leh trima, camtu gak dgn teman2 lain. yo la aku ni mmg lain.lain ka? kan? btul x? maaf sgt kalu aku x mampu sekepala dgn sesapa pun.. minat lain2. x mampu nak pergi ke JURUSAN lain, x pandai jg mengambil ati sedar x sedar aku menipu. waaaa maafkan diriku, mgkin kerna ego..kerna takut dipinggirkan..kerna macam-macam lagi la..kerna sayang jg.

bagi yg mengerti TERIMA KASIH!TERIMA KASIH!TERIMA KASIH! aku akan berusaha memperbaiki diri yg lemah n mengada-ngada ini..Wassalam..

Kalau Rasa Gembira tepuk Tangan!!! (tap!tap!tap!)

   Ya! kalau rasa gembira tepuk tangan, hehe lagu tu memg sinonim sejak aku kecil lagi. Padaku seronok nyanyi lagu tu..walaupun usia dah 22 thn tp lagu itu mesih tetap meniti dibibir ini..

KALAU RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN

Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, petik jari.
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, cubit peha.
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, hentak kaki.
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, kata horey.

apa yg membuatkan aku gembira pada pagi ini??apa?apa?apa ya? ohhh...em sbb kawan kesayanganku menemani aku bersukan. terima kasih! terima kasih! selain dapat menyihatkan badan aku juga berpeluang melihat alam ciptaan-Nya..wah~~ rugi tau kpd sesapa yg membuat kuak lentang, kupu-kupu o kuak dada di bilik.. hehe

Syukur sgt di beri peluang untuk membuka mata sekali lagi pada hari ini.mana tau tub2 bangun jasadku dah terpisah n melayang-layang kat udara..waaa seram!seram bangat! pastu nampak lak org menagis keliling aku..huhuhu ngeri..erm syukur-syukur masih bernyawa lagi.masih berpeluang mendapat pengukuhan dari teman yg menjanjikan sesuatu yg amat penting dlam hidupku..huk huk huk bahagia~~~ Terima Kasih Tuhanku..

huhu oh ya! aku ada terbaca sebuah iklan.aku rasa perlu share dgn korg coz korg pun akan amik temuduga tu..bacalah. tapi pastikan mata terbuka luas, jika x gunakan wiper semulajadi kat mata tu tok pastikan clear biji mata utk baca iklan ni..

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA

TEMUDUGA TERBUKA, SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa sebarang siji, pingat wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda juga tidak perlu mempunyai paras rupa yg cantik atau hensem .Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah.

Payahnye.....

     Home sick!huhuhu ni la akibat terlalu manja dengan kuarga..benarla kata ibuku bahawa aku x betah jauh darinya..buktinya sekarang aku rasa sepi...sedih n indu bangat kat rumah..mjur la Rumate ku mengajak aku melakukan kebaikan (ceh ceh) dengan mengisi masa melakukan perkara berfaedah. jika tidak, pasti aku dah tarik bantal n menagis (menjeng kata org jawa) di bawahnya hehehehe... anak omak...

    Cerita sal anak omak, aku ada sorg kawan yg sgt suka makan ayam masak lemak cili api hasil dari air tangan ibunya..kata dia mmg x miss la masakan tu bila balik kampung. Bila x dapat makan jer dia mrajuk (mengada-ngadakan?). Maka aku pun mintak la resepi masakan tersebut darinya...bila aku cuba,mmg superb la. hehe..kalu korg rasa pun pasti masa makan dah x toleh belakang lagi coz khusyuk makan.mari kita lihat bahan2 dan cara mak dia menghasilkan makanan yg mampu membeliakkan mata ini.

Bahan-bahan :
Lada Cili                      2 genggam   (ditumbuk)
Bawang kecil               5 ulas           (ditumbuk)
Bawang putih               5 biji            (ditumbuk)
Halia                            1 inci           (ditumbuk)        
Serai                            2 Batang     (dititik)
Santan
Ayam                         seekor
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara masak:
1.Tumis bahan yang ditumbuk beserta serai yang dititik.
2. Kecutkan ayam dengan bahan yang ditumis itu selama 5 hingga 10 minit.
2. Kemudian masukkan santan dan tunggu sehingga air mendidih selama beberapa minit.

cubalah jika korang nak tau kesedapannya...jeng jeng jeng..Selamat Mencuba!!!!

Erm..Yummy! Rindu umah~~~~

Hurm pada petang Jumaat camni pasti x tau nak wat per kat sini, kalu kat umah pasti ada saja yg nak dilakukan..nak2 lagi apabila mendengar adik2 ku berkicauan cam burung minta makanan..hehehe antara makanan yg akn ku sediakan cam goreng pisang, nasi grg o plg mudah cekodok manis..semuanya senang jer nak disediakan cuma perlu rajin..ni resepi cekodok manis yg akak aku ajar. senang bangat sampai x ter pk leh wat kui2.bagi yg baru bajar masak leh la test ea?

Cekodok manis :

Tepung gandum        1/2 kg
Gula secukup rasa     3 sudu makan kalau nak manis letak lebih
air
air suam
minyak

1. Bancuh tepung dengan air. Jangan terlalu cair tau. kemudian digodak.
2. Bancuh gula dalam air suam..dalam bekas lain dan tuang ke dalam bancuhan tepung (air suam jgn terlalu banyak) .
3. Panaskan minyak.Pastikan bahawa minyak betul2 panas baru masukkan bancuhan tepung menggunakan sudu sedikit demi sedikit.
4. bila dah kekuningan bolelah diangkat...

senang jer kan? Bole la cube kat umah t..hehehehe simple saje tp sedap jg.

Thursday, January 14, 2010

BenCinta

Bencinta...korang pasti tahu lagu Faizal Tahir..BenCinta yg membawa maksud BENCI tapi CINTA...kalu x tau ni aku sertakan liriknya :

Nuffnang Ads

Benarkan ku 'tuk berbicara
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

walau aku bukan la org yg bijak dalam menilai lirik lagu o muzik yg best tp aku pasti lgu ni sedap..bukan tuk dimakan tp untuk didengar.selain liriknya yg best, muzik tok lagu ni x la mendayu2 o terlalu keras. erm kan?kan?  Namun begitu, bukan ttg lagu bencinta yg aku nak share. yg td mukadimah jer..(jgn marah na)..
yg aku nak kongsi adalah ttg pasaan benci n cinta.. bole ke benci & Cinta jalan seiringan?
ermmm...tu yg kita nak tau. benci, apa tu benci? atau hate dalam bi ialah 1 perasaan tidak senang terhadap sesuatu atau seseorg..manakala Cinta pula bermaksud menyukai atau suka akan sesuatu...ni maksud secara general jer k.









ok, x heran sekiranya seseorg tu mempunyai kedua-dua perasaan demikian..ia dikatakan sebagai hukum karma..
Namun begitu perasaan benci haruslah dielakkan terutamanya terhadap sesama manusia...ini kerana dalam Islam perasaan saling membenci diantara umat tidak disukai oleh Allah S.W.T  & juga baginda Rasulullah. S.A.W. Sudah tentu agama lain turut bersetuju dengan penyataan ini. ini kerana dari perasaan saling membenci akan mengakibatkan kejatuhan umat sekiranya ianya tidak dapat dibendung.. penat kan jika asyik gaduh jer.eje pun x jalan nanti.

Cinta..perasaan suci ini diberikan oleh Allah kepada semua manusia sejak zaman Adam dan Hawa lagi..perasaan kasih & sayang inilah yg boleh menyelamatkan dunia. ini kerana dengan adanya rasa sayang & belas kasihan maka tiadalah peperangan...Namun cinta jg bawa padah jika x dibendung...sayangnya jika perasaan suci tu dicemari dengan pelakuan yg tidak senonoh tanpa ikatan yg sah. Subhanallah..selain mengigatkan org,aku jg mengingatkan diriku ini..takut2..

so, leh x benci n cinta jalan seiring? jawapannya ada kat korang sendiri.ok...cam dah panjang jer menaip,silap2 keje lain x siap hehehhe. tu saja..selamat beramal!




Bukan pertama kali menulis kat BLog

Sbnarnya ni kali kedua aku wat Blog..sekaligus membuatkan aku mempunyai title blogger.Blogger yg x bijak berkata n x pandai wat ayat yg lengkap samaada bila berkata-kata o menulis. Tu la aku. Blog ku yg pertama terkandas ditgh jalan..knp?soalan yg bagus bangat. krn blog yg lama aku lupa paswordnya..huhu x ke sengal lagi bengong. tu la masalah aku. Selalu beno tlupa. cakap sal lupa..bufday family aku pun aku ingat2 lupa apatah g benda important yg lain..teruk2.ada sesapa yg tau petua nak ilgkan penyakit lupa? bole lah share ye? k la penat lak menaip,krem lak jari2 ni. selamat membaca n mgikuti kisahku yg x la berapa menarik...hehe neway niat nak wat blog ni sbnrnya sbb nak share resepi dgn mana2 tukang masak..hehhehehe. k papai