Dia, dia amat penting dalam hidupku...dari dia aku belajar banyak perkara..banyak benda..dia yg lemah lembut, penyayang (tp takut miaw!miaw!)..dia PENTING, amat PENTING, terlalu PENTING buatku..
Dia pernah bersusah payah untukku.pernah menangis kerana aku.aku pula pernah melukakannya..ego untuk katakan aku terlalu sayangkannya..dia..dia berharga untukku..ada hikmah Allah berikan dia menemaniku hampir 24 jam..sejak 3 tahun dulu..
Alamak crita cedih lak, tarik nafas, hembus ~~~~~~~~~~ hehe segala kekurangan yg ada padaku aku harap dia leh trima, camtu gak dgn teman2 lain. yo la aku ni mmg lain.lain ka? kan? btul x? maaf sgt kalu aku x mampu sekepala dgn sesapa pun.. minat lain2. x mampu nak pergi ke JURUSAN lain, x pandai jg mengambil ati sedar x sedar aku menipu. waaaa maafkan diriku, mgkin kerna ego..kerna takut dipinggirkan..kerna macam-macam lagi la..kerna sayang jg.
bagi yg mengerti TERIMA KASIH!TERIMA KASIH!TERIMA KASIH! aku akan berusaha memperbaiki diri yg lemah n mengada-ngada ini..Wassalam..
Friday, January 15, 2010
dia rakanku..!
Posted by Selembar benang at 11:21 PM 0 comments
Kalau Rasa Gembira tepuk Tangan!!! (tap!tap!tap!)
Ya! kalau rasa gembira tepuk tangan, hehe lagu tu memg sinonim sejak aku kecil lagi. Padaku seronok nyanyi lagu tu..walaupun usia dah 22 thn tp lagu itu mesih tetap meniti dibibir ini..
KALAU RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, petik jari.
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, cubit peha.
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, hentak kaki.
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, kata horey.
apa yg membuatkan aku gembira pada pagi ini??apa?apa?apa ya? ohhh...em sbb kawan kesayanganku menemani aku bersukan. terima kasih! terima kasih! selain dapat menyihatkan badan aku juga berpeluang melihat alam ciptaan-Nya..wah~~ rugi tau kpd sesapa yg membuat kuak lentang, kupu-kupu o kuak dada di bilik.. hehe
Syukur sgt di beri peluang untuk membuka mata sekali lagi pada hari ini.mana tau tub2 bangun jasadku dah terpisah n melayang-layang kat udara..waaa seram!seram bangat! pastu nampak lak org menagis keliling aku..huhuhu ngeri..erm syukur-syukur masih bernyawa lagi.masih berpeluang mendapat pengukuhan dari teman yg menjanjikan sesuatu yg amat penting dlam hidupku..huk huk huk bahagia~~~ Terima Kasih Tuhanku..
huhu oh ya! aku ada terbaca sebuah iklan.aku rasa perlu share dgn korg coz korg pun akan amik temuduga tu..bacalah. tapi pastikan mata terbuka luas, jika x gunakan wiper semulajadi kat mata tu tok pastikan clear biji mata utk baca iklan ni..
IKLAN TEMUDUGA TERBUKA
TEMUDUGA TERBUKA, SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa sebarang siji, pingat wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda juga tidak perlu mempunyai paras rupa yg cantik atau hensem .Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah.
Posted by Selembar benang at 7:12 PM 0 comments
Payahnye.....
Home sick!huhuhu ni la akibat terlalu manja dengan kuarga..benarla kata ibuku bahawa aku x betah jauh darinya..buktinya sekarang aku rasa sepi...sedih n indu bangat kat rumah..mjur la Rumate ku mengajak aku melakukan kebaikan (ceh ceh) dengan mengisi masa melakukan perkara berfaedah. jika tidak, pasti aku dah tarik bantal n menagis (menjeng kata org jawa) di bawahnya hehehehe... anak omak...
Cerita sal anak omak, aku ada sorg kawan yg sgt suka makan ayam masak lemak cili api hasil dari air tangan ibunya..kata dia mmg x miss la masakan tu bila balik kampung. Bila x dapat makan jer dia mrajuk (mengada-ngadakan?). Maka aku pun mintak la resepi masakan tersebut darinya...bila aku cuba,mmg superb la. hehe..kalu korg rasa pun pasti masa makan dah x toleh belakang lagi coz khusyuk makan.mari kita lihat bahan2 dan cara mak dia menghasilkan makanan yg mampu membeliakkan mata ini.
Bahan-bahan :
Lada Cili 2 genggam (ditumbuk)
Bawang kecil 5 ulas (ditumbuk)
Bawang putih 5 biji (ditumbuk)
Halia 1 inci (ditumbuk)
Serai 2 Batang (dititik)
Santan
Ayam seekor
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara masak:
1.Tumis bahan yang ditumbuk beserta serai yang dititik.
2. Kecutkan ayam dengan bahan yang ditumis itu selama 5 hingga 10 minit.
2. Kemudian masukkan santan dan tunggu sehingga air mendidih selama beberapa minit.
cubalah jika korang nak tau kesedapannya...jeng jeng jeng..Selamat Mencuba!!!!
Posted by Selembar benang at 8:52 AM 0 comments
Erm..Yummy! Rindu umah~~~~
Hurm pada petang Jumaat camni pasti x tau nak wat per kat sini, kalu kat umah pasti ada saja yg nak dilakukan..nak2 lagi apabila mendengar adik2 ku berkicauan cam burung minta makanan..hehehe antara makanan yg akn ku sediakan cam goreng pisang, nasi grg o plg mudah cekodok manis..semuanya senang jer nak disediakan cuma perlu rajin..ni resepi cekodok manis yg akak aku ajar. senang bangat sampai x ter pk leh wat kui2.bagi yg baru bajar masak leh la test ea?
Cekodok manis :
Tepung gandum 1/2 kg
Gula secukup rasa 3 sudu makan kalau nak manis letak lebih
air
air suam
minyak
1. Bancuh tepung dengan air. Jangan terlalu cair tau. kemudian digodak.
2. Bancuh gula dalam air suam..dalam bekas lain dan tuang ke dalam bancuhan tepung (air suam jgn terlalu banyak) .
3. Panaskan minyak.Pastikan bahawa minyak betul2 panas baru masukkan bancuhan tepung menggunakan sudu sedikit demi sedikit.
4. bila dah kekuningan bolelah diangkat...
senang jer kan? Bole la cube kat umah t..hehehehe simple saje tp sedap jg.
Posted by Selembar benang at 12:53 AM 0 comments