BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

Kalau Rasa Gembira tepuk Tangan!!! (tap!tap!tap!)

   Ya! kalau rasa gembira tepuk tangan, hehe lagu tu memg sinonim sejak aku kecil lagi. Padaku seronok nyanyi lagu tu..walaupun usia dah 22 thn tp lagu itu mesih tetap meniti dibibir ini..

KALAU RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN

Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, petik jari.
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, cubit peha.
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, hentak kaki.
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, kata horey.

apa yg membuatkan aku gembira pada pagi ini??apa?apa?apa ya? ohhh...em sbb kawan kesayanganku menemani aku bersukan. terima kasih! terima kasih! selain dapat menyihatkan badan aku juga berpeluang melihat alam ciptaan-Nya..wah~~ rugi tau kpd sesapa yg membuat kuak lentang, kupu-kupu o kuak dada di bilik.. hehe

Syukur sgt di beri peluang untuk membuka mata sekali lagi pada hari ini.mana tau tub2 bangun jasadku dah terpisah n melayang-layang kat udara..waaa seram!seram bangat! pastu nampak lak org menagis keliling aku..huhuhu ngeri..erm syukur-syukur masih bernyawa lagi.masih berpeluang mendapat pengukuhan dari teman yg menjanjikan sesuatu yg amat penting dlam hidupku..huk huk huk bahagia~~~ Terima Kasih Tuhanku..

huhu oh ya! aku ada terbaca sebuah iklan.aku rasa perlu share dgn korg coz korg pun akan amik temuduga tu..bacalah. tapi pastikan mata terbuka luas, jika x gunakan wiper semulajadi kat mata tu tok pastikan clear biji mata utk baca iklan ni..

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA

TEMUDUGA TERBUKA, SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa sebarang siji, pingat wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda juga tidak perlu mempunyai paras rupa yg cantik atau hensem .Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah.

0 comments: